fbpx

Tourism Malaysia promosi Malaysia secara ‘alam metaverse’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Roslan (tiga dari kiri) dan Thomas (lima dari kanan) pada pelancaran 'Let's Go MRXD' Musim Kedua di Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Tourism Malaysia mengorak langkah mempromosi keindahan Malaysia melalui program travelog ‘Let’s Go MRXD’ Musim Kedua yang dilaksanakan secara
‘alam metaverse’ dengan teknologi Web 3.0.

Rancangan travelog Bahasa Mandarin itu yang dihoskan Thomas Kok iaitu selebriti kaum Cina selain popular menerusi permainan dalam talian (online game) dengan musim pertamanya telah disiarkan di dalam YouTube.

Pengarah Bahagian Pengiklanan & Digital Tourism Malaysia, Mohd. Roslan Abdullah berkata, mengambil inspirasi daripada kejayaan musim yang lalu, kali ini pihaknya bekerjasama mempromosi Malaysia menerusi kaedah teknologi virtual selaras dengan era digital masa kini.

“Ini adalah satu daripada usaha kita mempromosi pelancongan negara melalui era digital. Kita laksanakan kerjasama dari segi untuk membangunkan kandungan memperlihatkan produk pelancongan di serata Malaysia.

“Thomas Kok mempunyai ramai pengikut di media sosial dan dengan kandungan yang dibangunkan, mereka boleh menonton serta merasai pengalaman pelancongan di negara ini,” katanya kepada pemberita pada pelancaran program travelog ‘Let’s Go MRXD’ Musim Kedua di sini, hari ini.

Mohd. Roslan berkata, beliau difahamkan travelog kali ini akan melibatkan pusat dan selatan tanah air antaranya Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka dan Johor.

Sementara itu, Thomas berkata, ‘Let’s Go MRXD’ dijayakan untuk berkongsi kegembiraan kepada orang ramai melalui ‘Cuti-Cuti Malaysia’ dengan harapan kandungan video yang dihasilkannya memberi manfaat kepada penonton.

Ujarnya, perasan marah semasa kanak-kanak itu akhirnya menjadi motivasi kepadanya untuk berkongsi keindahan negara ini kepada umum menerusi rancangan travelog ‘Let’s Go MRXD’ Musim Pertama yang lalu.

‘Let’s Go MRXD’ Musim Kedua dilancarkan adalah sempena Festival Kandungan Digital MDEC di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula Rabu hingga Ahad ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI