fbpx

Qabil Ambak cipta sejarah berkuda Sukan Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Persembahan Qabil bersama kuda Rosenstolz dalam acara akhir Intermediate I Freestyle dilihat begitu sempurna sehingga menyaksikan para juri terpesona dan memberikan 75.780 mata.

SEJARAH baharu tercipta di bumi China selepas jaguh ekuestrian negara, Mohd. Qabil Ambak Mahamad Fathil memenangi pingat emas pada Sukan Asia Hangzhou dalam acara dressage individu di Pusat Ekuestrian Tonglu semalam.

Ia adalah pingat emas pertama Malaysia bagi sukan ekuestrian dalam sejarah penganjuran Sukan Asia sejak acara itu mula diperkenalkan pada edisi 1986 di Seoul, Korea Selatan.

Persembahan Qabil, 43, bersama kudanya, Rosenstolz dalam peringkat akhir Intermediate I Freestyle itu dilihat begitu sempurna sehingga menyaksikan para juri terpesona dan memberikan 75.780 mata.

Ia membolehkan jaguh dari Kuala Lumpur itu melonjak ke tangga teratas dan menewaskan pemenang pingat perak dari Hong Kong, Jacqueline Wing Ying Siu yang meraih 73.450 mata.

Kejayaan itu sekali gus menebus kekecewaan Qabil yang sebelum ini terpaksa akur meraih perak apabila tewas kepada Jacqueline sewaktu final acara sama pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia.

Pingat gangsa pula menjadi milik atlet India, Anush Agarwalla yang meraih 73.030 mata.

Secara keseluruhan, ini adalah pingat emas kedua kontinjen Malaysia di bumi Hangzhou selepas meraih emas pertama menerusi pelayar sensasi wanita, Nur Shazrin Mohammad Latif dalam acara ILCA 6 kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI