fbpx

Beberapa maklumat diperlukan untuk notis merah menantu Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan ketika ditemui pemberita pada Majlis Serah Terima Tugas di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Beberapa maklumat lanjut daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diperlukan bagi memohon senarai notis merah Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya setakat ini sedang menunggu beberapa maklumat sebelum menghantar permohonan kepada Interpol.

“Beberapa aspek teknikal (maklumat) diperlukan yang sedang kita tunggu berkaitan permohonan tersebut.

“Apabila dilengkapkan kemudian baru kita hantar permohonan rasmi,” Beliau berkaya demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Serah Terima Tugas di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Difahamkan, beberapa aspek teknikal diperlukan bagi melengkapkan permohonan itu antaranya dari sudut perundangan, kesalahan dan sebagainya.

Terdahulu, media melaporkan SPRM akan memohon kepada PDRM untuk memasukkan nama dua individu termasuk menantu Muhyiddin ke dalam senarai notis merah, jika gagal tampil untuk menghadapi pendakwaan.

Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, 48, dan Mansoor Saat, 69, dikehendaki tampil ke SPRM bagi tujuan pendakwaan kes rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Bagaimanapun, Muhammad Adlan dalam satu kenyataan melalui peguam, Datuk Baljit Singh Sidhu menafikan beliau lari daripada pihak berkuasa dan menyatakan akan pulang ke tanah air bagi membantu siasatan. –KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI