fbpx

Ada sistem sokongan yang kuat, Noor Nabila bersyukur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOOR Nabila bersyukur ramai individu istimewa menjadi penguat semangatnya sepanjang mendepani detik sukar dalam hidup.

“TERIMA kasih kerana selama ini telah membantu, menghibur, menjadi orang kepercayaan dan sumber kekuatan saya.”

Demikian perkongsian kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa, Noor Nabila Mohd. Noor yang menzahirkan penghargaan buat insan sekeliling yang menjadi sumber kekuatannya apabila diuji dengan perceraian.

Ahli perniagaan itu berkata, ramai individu istimewa menjadi tulang belakang yang membolehkannya mendepani segala dugaan dengan tenang.

“Ucapan kepada sistem sokongan saya yang sangat luar biasa. Terima kasih kerana selama ini telah membantu, menghibur, menjadi orang kepercayaan dan sumber kekuatan saya.

“Sangat bersyukur dengan semua ini. Terima kasih juga kepada semua yang menghubungi saya dengan penuh kasih sayang dan prihatin.

“Doa dan kata-kata baik anda sangat bermakna bagi saya. Saya amat bersyukur,” katanya dalam Instagram Story.

Tangkap layar hantaran yang dimuat naik Noor Nabila di Instagram Story miliknya.

Menerusi beberapa siri hantaran lain, wanita yang meraikan ulang tahun ke-39 pada 4 September lalu itu turut memuat naik foto momen istimewa bersama individu penting dimaksudkannya iaitu anggota keluarga serta rakan karib.

Pada 26 September lalu, ibu kepada seorang cahaya mata itu mengesahkan sudah bercerai talak satu dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Isu rumah tangga pasangan terbabit kembali hangat diperkatakan apabila didakwa tidak lagi tinggal sebumbung bahkan Noor Nabila mengesahkan bakal mengakhiri perkahwinannya dengan Engku Emran selepas lelaki itu menyatakan hasrat untuk tidak lagi meneruskan hubungan mereka.

Sebelum menikahi Noor Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. 14.

Lelaki berusia 48 tahun itu juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Manakala Noor Nabila pula pernah bergelar isteri kepada aktor Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017, tetapi jodoh mereka hanya bertahan selama tiga tahun dan dikurniakan seorang putera, Jebat Jayden. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI