fbpx

Syed Othman Syed Husin dinobat penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Othman ketika dinobatkan sebagai penerima anugerah Anugerah Perdana Maulidur Rasul. -Foto FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Penasihat syariah dan ekonomi, Prof Datuk Dr. Syed Othman Syed Husin Al-Habshi dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1445H/2023.

Syed Othman, 80, anak kelahiran Peringgit, Melaka adalah dekan pertama Kuliyyah Ekonomi, Universiti Islam Antarabangsa Malayisia (UIAM) dan pernah menjawat Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif di UNITAR.

Turut diumumkan enam penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW iaitu Pengasas dan Presiden Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI), Datuk Kamarudin Abdullah dan Yang Dipertua Persatuan Falak Syari’i Malaysia, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer.

Penerima lain termasuk Datu Misni Taha, orang kelainan upaya (OKU) penglihatan, Zamzuri Ghani, pakar veteriner, Datuk Dr Mhd Nordin Mohd Nor dan bekas Pengarah Kolej MARA Kuala Nerang, Shaariah Dahman.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan anugerah kepada semua penerima.

Kesemua penerima anugerah masing-masing penerima hadiah wang tunai, medal, sijil penghargaan dan jongkong emas.

Bertemakan ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’, sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H berlangsung di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan hadir pada sambutan hari ini selain Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri serta dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI