fbpx

Lapan syarikat korporat serah RM8.1 juta zakat perniagaan kepada MAIPk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin (kanan) menerima zakat perniagaan dari wakil salah sebuah syarikat korporat di Istana Kinta, Ipoh hari ini. - Foto MAIPk

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima zakat perniagaan bernilai RM8,170,475.68 yang diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dari lapan buah syarikat korporat di Istana Kinta di sini hari ini.

MAIPk dalam satu kenyataan berkata, penyerahan zakat perniagaan didahului oleh Lembaga Air Perak diwakili oleh Pengurus Besarnya, Datuk Ishak Abd. Rahman dengan jumlah RM4.85 juta.

“Ia diikuti Ipoh Specialist Hospital Sdn. Bhd. (KPJ Ipoh) diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Badrul Hisyam Ibrahim (RM1,096,282.73).

“Kemudian ialah Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh Perak Berhad diwakili oleh Pengerusi Koperasinya, Salleh Hudin Kamarudin (RM585,174.68),” katanya hari ini.

MAIPk berkata, turut menyerahkan zakat perniagaan ialah YP Nominees Holdings Sdn. Bhd. dengan jumlah RM406,754.87 yang diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rozita Ramli.

“Ia diikuti penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM380,513.78 oleh Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad yang diwakili oleh Pengerusinya, Nor Sharifuddin Yeop.

“Seterusnya menunaikan zakat perniagaan ialah Empayar Indera Sdn. Bhd. dengan jumlah RM300,000 yang diserahkan oleh Timbalan Pengurus Besarnya, Rusli Md Isa. Ia diakhiri oleh Koperasi Kemajuan Tanah Perak Berhad diwakili oleh Pengerusinya, Datuk Mohammed Akhiar Ahmad Wazir Affandi (RM121,749.62),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI