fbpx

Dr. Muhammad Fauzy dinobat Tokoh Maulidur Rasul P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Ahmad Fuzi (dua dari kiri) mentanpaikam sijil penghargaan kepada Dr. Muhammad Fauzy pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Pulau Pinang di Hotel Raia, Bayan Lepas, hari ini.

BALIK PULAU – Ketua Pegawai Eksekutif Iltizam Pintar Sdn. Bhd., Dr. Muhammad Fauzy Muhammad Hyffny, 63, dinobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul 1445/2023 peringkat Pulau Pinang, hari ini.

Muhammad Fauzy yang merupakan bapa kepada lima anak itu berpengalaman mewujudkan rangkaian pengedaran gelatin halal di Malaysia dan luar negara seperti Afrika, Turkiye dan England.

Selain itu, beliau juga turut bertanggungjawab meningkatkan kesedaran tentang bahaya gula dalam makanan dan minuman.

Produk yang dihasilkan syarikat beliau yang membekalkan gelatin halal dan pemanis alami dari tebu turut dijual di negara ini, serta berjaya menembusi pasaran luar seperti Jepun, Korea Selatan dan negara Timur Tengah.

Muhammad Fauzy berkata, dia terkejut apabila mendengar namanya dinobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul 1445/2023 memandangkan dia menyangka hanya akan menerima anugerah tokoh usahawan pada majlis hari ini.

“Sebelum ini saya ada terima panggilan daripada pihak Jabatan Agama Islam negeri, saya memang tidak sangka akan terima anugerah Tokoh Maulidur Rasul.

“Saya terkejut, terkesima semua ada, ingatkan saya dapat anugerah usahawan, saya rasa diri ini kerdil dan amat bersyukur dengan penghargaan yang diberikan ini,”katanya selepas majlis sambutan Maulidur Rasul 1445/2023 peringkat Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Hadir menyampaikan anugerah kepada para penerima sempena sambutan berkenaan ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI