fbpx

Banjir: 1,696 mangsa ditempatkan di 12 PPS, Baling paling ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebahagian rumah selepas dilanda banjir kilat di Kampung Padang Empang, Kupang di Baling semalam. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

BALING – Seramai 1,696 mangsa daripada 498 buah keluarga ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah di negeri ini setakat pukul 4 petang ini.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd. Zain berkata, jumlah tertinggi mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS adalah di Baling.

Ia kemudian diikuti daerah Pokok Sena, Kota Setar dan Kubang Pasu.

“PPS Surau Annur di Baling mencatatkan jumlah mangsa tertinggi setakat ini seramai 305 orang,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, sebanyak tiga PPS dibuka di Kubang Pasu yang menempatkan seramai 285 mangsa, dua PPS di Kota Setar (308 mangsa), tiga PPS di Pokok Sena (412 mangsa) dan empat PPS di Baling (691 mangsa). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI