fbpx

1,457 mangsa banjir di 12 PPS empat daerah di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM memindahkan mangsa banjir yang terperangkap di PPS di Kampung Hangus, Baling.

BALING – Seramai 1,457 mangsa daripada 451 keluarga ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah di negeri ini sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd. Zain berkata, jumlah tertinggi mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS adalah di Pokok Sena diikuti Baling, Kota Setar dan Kubang Pasu.

“PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Hijau di Pokok Sena mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 313 orang,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, sebanyak empat PPS dibuka di Kubang Pasu melibatkan 286 mangsa, tiga PPS di Kota Setar (303 mangsa), tiga PPS di Pokok Sena (485 mangsa), dan tiga PPS di Baling (383 mangsa). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI