fbpx

[VIDEO] Peminat LTdL 2023 ‘pakat’ kutip botol air Tudor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video peminat LTdL 2023 berkongsi botol air yang diberikan pelumba sebagai hadiah kenangan.

PETALING JAYA – Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 yang berlangsung ketika ini menjadi ‘rezeki’ kepada peminat sukan tersebut apabila masing-masing mengambil kesempatan mengutip botol air diberikan pelumba kepada mereka yang menunggu di tepi jalan.

Tinjauan di media sosial TikTok mendapati, pengguna memuat naik pelbagai video menerima botol air tersebut dan paling banyak dikongsikan adalah daripada pasukan Tudor Pro Cycling.

Berdasarkan video-video tersebut, pelumba-pelumba memberikan botol air dengan membalingnya kepada orang ramai yang menunggu sebagai hadiah kenangan kepada mereka.

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Noor Halida mengambil kesempatan menunggu pelumba-pelumba LTdL yang melalui jalan utama dari Kuala Terengganu dan Kota Bharu bersama empat anaknya.

“Memori untuk anak-anak, dapat botol air,” katanya berkongsi video tersebut.

Faizul.Y pula turut berkongsi kenangan sama apabila menerima botol air daripada pasukan Tudor sewaktu mereka melalui Kuala Terengganu.

Seorang bapa, Shari Seth juga memuat naik video gelagat anaknya terkejut menerima botol air daripada pelumba LTdL yang melalui kawasan rumahnya di Gunung Reng, Jeli di Kelantan.

“Terima kasih kepada yang memberi, happy anak bongsu,” katanya memuat naik gambar anak lelakinya memegang botol berwarna biru.

Berbeza dengan seorang pengguna TikTok dikenali sebagai This Is Uncle Nasir, dia memaklumkan bukan hanya botol air, bahkan turut menerima baju-T daripada pelumba tersebut.

“Ambe dapat juga satu botol air dengan baju,” katanya membalas komen salah seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE.

@noor_halida Rakam gelagat anak2….tengok cycling. Bukan rakam org cycling… LTDL : K. Terengganu – kota bharu #letourdelangkawi2023 #teamtudor #borntodare #procyclingteam ♬ Lokman Naufal_Haruman Terindah – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI