fbpx

Sami warga asing dicekup perkosa wanita di Puchong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SERDANG – Polis memberkas seorang sami bagi membantu siasatan atas dakwaan merogol wanita di Puchong, di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, suspek merupakan lelaki warga asing yang berusia dalam lingkungan 40-an.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga Sabtu ini. Setakat ini seorang sahaja mangsa yang membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seorang sami diburu selepas dipercayai merogol seorang wanita warga tempatan di sebuah kawasan di Puchong, kira-kira tujuh tahun lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintenden Izuddin Ab Wahab dilaporkan berkata, laporan dibuat wanita berusia dalam lingkungan 30-an pada bulan lalu itu.

Mangsa mendakwa dirinya diserang secara seksual oleh suspek dan dipaksa melakukan perbuatan itu di dalam kenderaan miliknya.

Katanya, mangsa telah dirakam keterangan dan polis juga sedang mengesan saksi-saksi terlibat untuk membantu siasatan.

Kes tersebut disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI