fbpx

Liga Super: ‘Roadblock’ PDRM gagal kekang JDT bergelar juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN JDT meraikan kejuaraan ke-10 berturut-turut pada perlawanan Liga Super selepas menentang PDRM FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Liga Super buat  kali ke-10 berturut-turut selepas menewaskan PDRM FC 4-0 pada aksi liga di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan skuad Harimau Selatan mengutip 64 mata daripada 22 perlawanan, 15 mata di hadapan Selangor FC dengan perbezaan 15 mata.

Beraksi di laman sendiri, pasukan bimbingan Esteban Solari mendominasi permainan sebaik minit pertama memaksa pasukan pelawat lebih banyak bertahan mengekang kemaraan JDT.

Anak buah Datuk Ahmad Yunus Alif bertahan dengan baik menjadi ruang pertahanan menjadi kompak menutup ruang kepada pasukan tuan rumah untuk mengatur serangan.

Serangan demi serangan yang dilancarkan JDT tampak sukar untuk menembusi ‘roadblock’ yang dilakukan PDRM dan tidak berjaya menjelmakan serangan berbahaya ke pintu gol lawan.

Benteng PDRM akhirnya roboh pada minit ke-37 hasil gol yang dihasilkan Bergson yang bijak melepasi kawalan dua pemain pertahanan dan melepaskan rembatan ke penjuru kiri gol menewaskan Ramdhan.

Jaringan tersebut membuatkan benteng pertahanan PDRM hilang tumpuan dari JDT mengambil kesempatan itu untuk membuat serangan dari sayap kanan menerusi larian Davies sebelum menghantar bola kepada Juan Muniz yang terus membuat libasan bagi meledak gol kedua pada minit ke-40.

Fernando Forestieri yang dimasukkan pada babak kedua tidak menunggu lama untuk meletakkan nama dalam senarai penjaring apabila bijak melepasi perangkap ofsaid sebelum mudah menewaskan Ramdhan bagi meledak gol pada minit ke-56.

Keputusan 4-0 itu kekal sehingga ke wisel penamat dibunyikan.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI