fbpx

Ashran dahulukan kejayaan Speedy Tigers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASHRAN (kanan) meledak hatrik ketika membelasah Oman 11-1 pada aksi kedua Kumpulan B semalam. - FARIZ RUSADIO

PENYERANG skuad hoki lelaki negara, Mohd. Ashran Hamsani tidak menjadikan rekod peribadi sebagai sasaran utama, sebaliknya mahu membantu kemenangan pasukan dalam misi memburu pingat emas Sukan Asia Hangzhou, China.

Semangat Ashran, 28, ketika ini berada pada tahap tinggi selepas berjaya meledak hatrik membantu Speedy Tigers membelasah Oman 11-1 pada aksi kedua Kumpulan B di Gongshu Canal Sports Park semalam.

Kini, Ashran bertekad untuk meneruskan kecemerlangannya itu dengan terus meledak gol menjelang aksi ketiga Kumpulan B menentang Indonesia esok.

“Saya pernah jaringkan lima atau enam gol sewaktu Piala Asia baru-baru ini. Jadi memang ada terlintas untuk saya pecahkan rekod peribadi sendiri pada temasya ini.

“Namun, paling penting adalah saya perlu lebih fokus untuk laksanakan tugas di bahagian serangan. Sesiapa sahaja yang menjaringkan gol tidak penting kerana ia adalah usaha daripada semua pemain.

“Kami akan lebih fokus untuk perbaiki kesilapan-kesilapan kecil apabila menentang Indonesia esok (hari ini). Paling penting adalah kemenangan pasukan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Nada sama turut disuarakan pengurus pasukan, Datuk Mirnawan Nawawi yang mahu melihat peningkatan daripada dua perlawanan terdahulu termasuk ketika menang besar 9-0 ke atas Thailand dalam aksi pembukaan sebelum ini.

Selepas bertemu Indonesia, Speedy Tigers yang dibimbing A. Arul Selvaraj akan berdepan lawan sebenar iaitu Korea Selatan pada Sabtu diikuti aksi terakhir Kumpulan B menentang China dua hari kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI