fbpx

UEM Sunrise, UM meterai MoU tingkatkan kualiti air Taman Tasik Metropolitan Kepong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi melawat pameran di Majlis Memorandum Persefahaman Antara Mega Legacy (M) Sdn Bhd dan Universiti Malaya Bagi Inisiatif Pemulihan Air di Taman Tasik Metropolitan Kepong.

KUALA LUMPUR – UEM Sunrise Berhad melalui anak syarikat usaha samanya Mega Legacy (M) Sdn Bhd (MLMSB) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM) untuk menilai kualiti air dan kandungan logam berat tasik di Taman Tasik Metropolitan Kepong, di sini.

MoU tersebut ditandatangani oleh Pengerusi MLMSB, Zaida Khalida Shaari dan Dekan Fakulti Sains UM, Profesor Dr. Zulqarnain Mohamed disaksikan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Nik Nazmi berkata, pihaknya berharap lebih banyak kerjasama sebegini di masa hadapan bagi mentransformasikan ruang bandar Malaysia untuk pelestarian dalam negara.

“Taman Tasik Metropolitan Kepong yang sebelum ini merupakan tapak perlombongan bijih timah bertujuan untuk menyediakan ruang aktiviti rekreasi orang ramai dan masyarakat, seperti berkayak atau berperahu.

“Itulah sebabnya penting untuk memastikan bahawa kedua-dua manusia dan haiwan akuatik tidak mengalami sebarang bahaya daripada potensi pencemaran,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Nik Nazmi berkata, pihaknya juga berbangga dengan tindakan proaktif UEM Sunrise untuk membaik pulih alam sekitar kelestarian pembangunannya.

“MoU ini menunjukkan bahawa pelbagai langkah boleh diambil bagi melindungi alam sekitar Malaysia Malaysia melalui kerjasama semua faktor negara termasuk kerajaan, sektor swasta dan ahli akademik,” tambahnya.

Turut hadir, Pengarah Urusan UEM Group Berhad, Datuk Mohd. Izani Ghani.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Sufian Abdullah berkata, pihaknya menyedari keperluan untuk menyumbang kepada alam sekitar, masyarakat dan ekonomi dalam semua pembangunan dan perbandaran.

“Taman Tasik Metropolitan Kepong akan berfungsi sebagai ruang rekreasi untuk orang ramai berkumpul, justeru itu kami ingin memastikan ia diselenggara dengan baik

“MoU ini telah menggariskan dua fasa inisiatif, yang dibiayai melalui geran yang disediakan oleh Kumpulan UEM, syarikat induk UEM Sunrise,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI