fbpx

Maqis rampas durian cuba dibawa masuk tanpa permit import

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maqis merampas 20 biji durian selepas cuba dibawa masuk tanpa permit import yang sah dari negara jiran melalui Pintu Masuk Terminal Feri Ro-Ro, Wilayah Persekutuan Labuan.

LABUAN – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 20 biji durian selepas cuba dibawa masuk tanpa permit import yang sah.

Semua durian berkenaan dibawa masuk dari negara jiran melalui Pintu Masuk Terminal Feri Ro-Ro, Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Maqis hari ini, durian berkenaan dibawa masuk oleh seorang penumpang dari Brunei Darussalam pada 19 September lalu.

Katanya, durian berkenaan dirampas mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Adalah menjadi suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

“Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM150,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperluaskan di semua pintu masuk negara bagi memantau dan memeriksa setiap keluaran pertanian yang masuk ke negara ini.

Katanya, tindakan ini bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikro organisma yang diimport ke negara ini bebas dari ancaman perosak.

“Ancaman termasuk penyakit dan bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI