fbpx

Pelantikan Speaker Pas selesai pertikaian dalaman parti – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi (tengah) bersama Zubir (kanan) yang mengangkat sumpah sebagai Speaker DUN Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menjelaskan pertikaian dalaman Pas berkaitan pemilihan calon ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas kini selesai dengan pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu daripada parti itu, hari ini.

Kata beliau, pelantikan Yang Dipertua Pas Langkawi, Zubir Ahmad bagi menggantikan Datuk Johari Bulat daripada Bersatu menamatkan krisis tersebut.

“Itulah penyelesaian dia, dah selesai dah. Alhamdulillah. Soalan dia adakah pelantikan Speaker itu ada kaitan dengan isu-isu PRN? Ada tetapi sudah dapat diselesaikan.

“Itulah penyelesaiannya. Harmoni, tak ada berbangkit lagi dah. Selesai, semua benda atas dunia ini sebelum mati kecuali nak mati, tak boleh selesai lah. Ini semua boleh selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 serta Majlis Angkat Sumpah Speaker dan ADUN di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan berlaku pergolakan Perikatan Nasional (PN) di Langkawi bagi kerusi DUN Ayer Hangat apabila Bersatu didakwa tidak mengotakan janji untuk membenarkan kerusi itu diberikan kepada Pas.

Pemimpin Pas Langkawi juga mendesak supaya kerusi Ayer Hangat itu diberikan kepada Zubir yang dilihat lebih layak.

Pertikaian itu juga mengakibatkan dua pemimpin Pas Langkawi bertanding sebagai calon bebas dalam PRN ke-15 dan mengisytiharkan keluar daripada parti itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI