fbpx

Kerajaan siap siaga hadapi musim tengkujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming bercakap pada sidang akhbar di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Kerajaan sentiasa bersedia dan bersiap siaga bagi berhadapan dengan musim tengkujuh serta bencana banjir yang mungkin berlaku akibat daripadanya.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) pada minggu hadapan berkaitan dengan persediaan menghadapi musim tengkujuh.

“Kerajaan sentiasa bersiap siaga, minggu depan saya akan berjumpa Ketua Pengarah JBPM yang akan memberikan laporan tentang kesiapsiagaan mereka (bagi menghadapi musim tengkujuh).

“Berkaitan dengan persiapan menghadapi musim tengkujuh juga, sudah tentunya kerajaan Persekutuan akan bekerja rapat dengan kerajaan negeri,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, peruntukan bernilai hampir RM70 juta yang diberikan kepada kerajaan negeri Perak merupakan sebahagian daripada langkah diambil untuk tujuan tersebut.

“Sebanyak 15 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Perak akan membuat persiapan menghadapi musim tengkujuh dan kita berharap tahun ini tiada banjir.

“Peruntukan hampir RM70 juta itu kita fokus kepada isu-isu asas bagi memastikan longkang bersih, jalan yang rata, lampu yang terang dan tandas yang bersih, menawan serta wangi,” katanya.

Beliau turut menegaskan, semua PBT di negara ini juga disarankan untuk membuat persiapan sepenuhnya bagi menghadapi musim tengkujuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI