fbpx

Liverpool perlu ada mentaliti ‘gergasi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain Liverpool belum lagi menemui mentaliti sebenar dan perlu melakukan perubahan dalam beberapa perkara dan merubah corak permainan.

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui anak-anak buahnya belum lagi menemui mentaliti sebenar, namun tetap berpuas hati dengan karakter dipamerkan pasukan setakat ini.

Ketika pasukan dalam fasa perubahan selepas hilang ramai pemain, Klopp cukup menyukai cara pemainnya menyerlahkan kualiti termasuk ketika pamer kebangkitan pada pertemuan dengan LASK Linz di Liga Europa, kelmarin.

Menjelang pertemuan dengan West Ham United di Anfield, malam ini, Klopp belum ada gambaran sejauh mana ‘Liver­pool 2.0’ namun akui sedang menikmati detik terbaik dalam beberapa aksi awal.

Kehadiran beberapa pemain muda juga beri nilai tambah kepada The Reds untuk kekal kompetitif selepas hilang ramai pemain utama.

“Masih terlalu awal untuk mengatakan mentaliti ‘gergasi’ sudah kembali. Cumanya sekarang kami harus melakukan perubahan dalam beberapa perkara dan merubah corak permainan.

“Sekarang kami sedang membina mentaliti sebenar dan pasu­kan juga berada dalam keadaan terbaik. Inilah semangat yang kami bina kerana pemain juga begitu gembira untuk bermain bersama,” katanya.

The Reds kini kekal dengan rekod tanpa kalah dalam lima aksi awal untuk menghuni di kelompok teratas Liga Perdana Inggeris, berkongsi 13 mata dengan Arsenal dan Tottenham Hotspurs. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI