fbpx

Budak lelaki warga asing maut ditetak rakan bapa tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas ditetak rakan kepada bapa tiri di halaman rumahnya di Perumahan Pekerja Felda Sahabat 30, Lahad Datu pagi semalam. -Foto: Ihsan Polis-

LAHAD DATU – Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas ditetak rakan kepada bapa tiri di halaman rumahnya di Perumahan Pekerja Felda Sahabat 30 pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, mangsa kanak-kanak lelaki warga asing berusia 11 tahun itu ditinggalkan oleh kedua ibu bapanya bersama suspek kerana keluar bekerja sebagai Pekerja Am di ladang kelapa sawit berkenaan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu telah ke lokasi kejadian
sebaik menerima maklumat mengenai kejadian itu untuk menjalankan siasatan.

“Siasatan di tempat kejadian menemui mayat kanak-kanak lelaki terbabit dalam keadaan berlumuran darah.

“Terdapat kesan tetakan oleh objek tajam dipercayai parang pada bahagian belakang kepala, hadapan dan belakang leher serta putus tapak tangan kiri mangsa.

“Polis kini sedang giat mengesan suspek iaitu seorang lelaki warga asing yang dikenali sebagai Paulus Poka Lolo berusia 33 tahun dan bekerja sebagai Pekerja Am di ladang kelapa sawit sama,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Rohan berkata, siasatan mendapati suspek adalah rakan kepada bapa tiri mangsa yang melarikan diri selepas kejadian serta motif masih belum dikenal pasti.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi tujuan bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI