fbpx
Kia Sorento varian diesel merupakan varian tertinggi bagi SUV jenama Korea Selatan itu.

Kia Sorento hadir dalam varian diesel dan petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KENDERAAN utiliti sukan (SUV) merupakan segmen kenderaan yang mendapat sambutan berdasarkan trend pembeli di Malaysia ketika ini.

Cabaran pengeluar kenderaan yang mendapat sambutan hangat sebegini adalah untuk konsisten menghasilkan produk yang berkualiti di samping rekaan menarik.

Bukan semua pengeluar SUV atau kenderaan pelbagai guna (MPV) mampu menghasilkan kenderaan sedemikian dengan pakej yang baik, mungkin atas beberapa faktor.

Antara pengeluar yang agresif menghasilkan kenderaan sedemikian pada ketika ini ialah jenama dari Korea Selatan, Kia.

Kia berjaya membuka mata banyak pihak selepas satu ketika dahulu teruk dikecam dengan persepsi bahawa kenderaan Korea tidak bagus atau tidak selasak Jepun.

Sentimen itu seolah-olah berjaya dipadam menerusi pelancaran model MPV, Carnival generasi keempat pada awal tahun lalu.

Mudah untuk kita lihat MPV itu di atas jalan raya sekali gus model itu ibarat satu kejayaan kepada jenama Korea. Apa yang menariknya, model tersebut bersaing dengan MPV-MPV popular jenama Jepun.

Pada bulan Mac lalu, Kia telah melancarkan generasi keempat model Sorento untuk pasaran Malaysia melalui pengedarnya Dinamikjaya Motors. Kenderaan SUV itu miliki pakej seumpama Carnival.

Model ini merupakan kenderaan pemasangan tempatan (CKD) yang ditawarkan pada harga bermula RM211,000.

Tiga varian ditawarkan iaitu 2.5L 2WD, 2.5L AWD dan 2.2L Diesel AWD sebagai pilihan. Menarik apabila ia ditawarkan dalam varian petrol dan diesel. Varian diesel merupakan varian tertingginya.

Untuk makluman, 2WD merujuk kepada pacuan dua roda, manakala AWD ialah pacuan semua roda.

Sorento generasi keempat lebih besar daripada generasi terdahulu.

Selain pilihan enjin, transmisi dan pacuan roda, SUV ini juga ditawarkan dengan pilihan dua konfigurasi
tempat duduk mengikut varian yang ditetapkan.

Sorento generasi keempat ini lebih besar daripada generasi terdahulu. Panjang SUV ini ialah 4,810 milimeter (mm), manakala lebar (1,900mm), tinggi (1,695mm) serta jarak antara roda 2,815mm.

Rekaan luarannya pada pandangan penulis nampak gempak, besar dan membawa karakter ‘gagah’ dengan jeriji gril ‘signatur’ Kia yang dipanggil ‘tiger nose’ bersaiz besar.

Baru-baru ini penulis telah diberi peluang untuk memandu uji dua varian yang paling asas (petrol) dan tertinggi (diesel).

Dua varian ini, dari luaran tidak banyak berbeza, namun menggunakan enjin, transmisi dan pacuan roda yang berbeza. Varian yang menggunakan enjin petrol dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan dan mampu menghasilkan kuasa maksimum sebanyak 17hp dan tork setinggi 232Nm.

Bagi varian diesel pula menggunakan enjin 2.2 liter turbo dengan menawarkan transmisi lapan kelajuan DCT. Kombinasi itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 199hp dan tork 440Nm.

Perbezaan paling ketara pada bahagian luaran untuk dua varian ini ialah logo AWD pada bahagian belakang varian diesel dan saiz rim untuk varian petrol menggunakan rim bersaiz 18 inci, manakala varian diesel 19 inci.

Masuk ke ruang kabin, konfigurasi tempat duduk untuk varian diesel ialah enam tempat duduk yang mana nampak lebih mewah dengan kerusi barisan kedua menggunakan material balutan kulit.

Biarpun varian asas, varian petrol ini mempunyai rekaan luaran yang tidak banyak beza dengan varian tertinggi.

Varian petrol pula ditawarkan dengan konfigurasi tujuh tempat duduk dan menggunakan material fabrik.

Panel meter untuk varian petrol menggunakan jenis instrumen kluster bersaiz 4.2 inci, manakala varian diesel menggunakan meter digital instrumen kluster bersaiz 12.3 inci.

Dari segi pemanduan, varian diesel lebih menyeronokkan kerana menawarkan kuasa dan tork lebih tinggi di samping pacuan semua roda yang memberikan pengendalian lebih baik.

Namun. dari segi bunyi, varian petrol lebih selesa kerana lebih senyap berbanding enjin diesel Kia ini.

Varian diesel juga dilengkapi kamera 360 darjah yang sangat membantu memandu kenderaan besar ini ketika melalui kawasan sempit dan memasuki parkir.

Secara keseluruhannya, jika pembeli minat dengan rekaannya dan mempunyai bajet terhad mungkin boleh memilih varian petrol, lagipun SUV seperti ini lazimnya untuk bawa keluarga dan kuasa yang dihasilkan itu sudah mencukupi sebenarnya.

Namun, kalau diminta buat pilihan, saya pilih varian diesel kerana bagi
saya kenderaan SUV bersaiz besar sebegini lebih sesuai dengan enjin diesel kerana menawarkan tork tinggi dan memberi pemanduan yang lebih meyakinkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN