fbpx

Agong rasmi bangunan Mahkamah Syariah Bera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AL-SULTAN Abdullah mencemar duli merasmikan bangunan Mahkamah Syariah Bera di Bera hari ini.

BERA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan bangunan Mahkamah Syariah Bera, hari ini.

Dalam titah baginda, Al-Sultan Abdullah berharap dengan terbinanya bangunan Mahkamah Syariah Bera yang merupakan pengiktirafan kepada institusi agama Islam di negeri Pahang, ia bakal memainkan peranan besar dalam mentadbir undang-undang Islam, khususnya di daerah ini.

“Majlis ini membawa pengertian yang amat bermakna kerana bangunan Mahkamah Syariah Bera ini merupakan mercu tanda kepada ketinggian institusi mahkamah syariah di negara ini. Bangunan mahkamah yang telah siap dibina pada 23 Jun 2016 dengan peruntukan sebanyak RM6.5 juta ini adalah bukti jelas kepada pembangunan syiar Islam di negeri ini.

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam pembangunan bangunan mahkamah ini,” titah baginda pada Majlis Perasmian Bangunan Mahkamah Syariah Bera, di Bandar Bera, di sini hari ini.

Dalam pada itu Seri Paduka bertitah bahawa mahkamah syariah mestilah bijak menggunakan kuasa budi bicara dan sentiasa berlaku adil kepada semua pihak dalam membuat keputusan terutamanya dalam menyelesaikan kes-kes kekeluargaan serta jenayah syariah.

“Saya telah disembah maklum akan keberkesanan konsep sulh atau pendamaian yang telah berupaya dalam menyelesaikan kes-kes kekeluargaan. Sebanyak 85 peratus daripada kes sulh yang didaftarkan di mahkamah syariah seluruh negara sejak dari tahun 2019 hingga 2022 berjaya diselesaikan secara damai melalui prosiding sulh tanpa melelui proses perbicaraan bagi menambah kewibawaan sistem perundangan Islam di negara ini,” titah baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI