fbpx

Tiada keamanan tanpa hak rakyat Palestin – Mahmoud Abbas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABBAS bercakap pada Perhimpunan Agung PBB di New York semalam. – AFP

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU(PBB), New York – Pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas menegaskan semalam bahawa tidak akan ada keamanan di Asia Barat tanpa penyelesaian dua negara sekali gus menyuarakan amaran ketika Arab Saudi menimbang untuk mengiktiraf Israel.

“Mereka yang berfikir keamanan akan wujud di Asia Barat tanpa rakyat Palestin menikmati hak kenegaraan sepenuhnya adalah tersilap,” kata Abbas kepada Perhimpunan Agung PBB.

Pemimpin veteran berusia 87 tahun itu membuat rayuan baharu kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres supaya memanggil sidang antarabangsa untuk mewujudkan negara Palestin.

Amerika Syarikat (AS)  yang selama ini menjadi pengantara keamanan antara kedua-dua belah pihak telah berputus asa dalam mengadakan rundingan serius dengan kerajaan nasionalis pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Rejim Netanyahu juga meneruskan pembinaan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin yang diduduki oleh Israel, Tebing Barat.

“Sidang PBB mungkin menjadi peluang terakhir untuk menyelamatkan pelan penyelesaian dua negara dan menghalang situasi daripada menjadi lebih buruk serta mengancam keselamatan dan kestabilan rantau kami (Asia Barat) dan seluruh dunia,” kata Abbas.

Ucapan beliau dibuat sehari selepas Netanyahu membincangkan normalisasi hubungan dengan Riyadh dalam pertemuan bersama Presiden Joe Biden, manakala pemerintah di sebalik tabir Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed bin Salman menyatakan, proses tersebut semakin dekat.

Israel dan Amerika Syarikat percaya bahawa hubungan Israel-Arab Saudi akan mengubah situasi geopolitik di Asia Barat. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI