fbpx
Dua pelanggan membayar harga makanan berlebihan di Restoran Fok Lok Kee Private Kitchen di Singapura pada Rabu lalu. - Foto MSNews

Restoran silap caj pelanggan RM2,883 sepatutnya RM288

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Sebuah restoran di Singapura menggunakan media sosial Facebook untuk mencari dua pelanggannya kerana tersilap mengenakan caj terlalu tinggi, lapor portal berita MSNews hari ini.

Bil makanan mereka ialah SG$84 (RM288.37) tetapi pekerja restoran tersebut secara tidak sengaja menekan angka sifar tambahan pada mesin pengiraan, menyebabkan jumlah meningkat kepada SG$840 (RM2,883).

Restoran itu menggesa kedua-dua pelanggan tampil supaya mereka boleh membayar balik lebihan caj tersebut.

Dalam catatan yang dikongsi dalam kumpulan Facebook Hawkers United – Dabao 2020, Restoran Fok Lok Kee Private Kitchen berkata, pihaknya sedang mencari dua pelanggan wanita yang datang kelmarin.

Restoran ini menghidangkan masakan Sichuan dan terletak di Jalan Geylang. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN