fbpx

Agrobank sasar lebih 50 peratus penjaja di Pahang laksana urus niaga tanpa tunai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YOUNG SYEFURA (dua dari kiri) diiringi Zahid (kanan) menyerahkan QR Code kepada penjaja yang mempunyai akaun Agrobank Program Perasmian dan Pelancaran Penjaja Cashless Simpang Pelangai, di Bentong, hari ini.

BENTONG – Agrobank mensasarkan lebih 50 peratus daripada 3,000 penjaja di negeri ini melaksanakan urus niaga tanpa tunai (cashless) bagi menyahut seruan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam memastikan kemudahan kewangan dan perbankan melalui urus niaga tanpa tunai dapat ditawarkan di kawasan pendalaman.

Ketua Pegawai Operasi Agrobank, Zahid Ahmad Zawawi berkata, inisiatif tanpa tunai itu memberikan kelebihan kepada penjaja menguruskan kewangan yang lebih efisien, selain berpeluang mengembangkan lagi perniagaan, mempelbagaikan pilihan pembayaran dan pengurusan inventori yang lebih berkesan.

“Alhamdulillah, ini merupakan satu perjalanan, kalau dulu peniaga lebih sukakan tunai tetapi sekarang kita nampak kesedaran itu semakin tinggi.

“Jadi mereka memang melihat ke hadapan untuk melaksanakan cashless transaction (urusniaga tanpa tunai). Kalau kita tengok di sini semua ada QR Code, jadi memberikan kemudahan kepada mereka,”katanya dalam sidang akhbar selepas Program Perasmian dan Pelancaran Penjaja Cashless Simpang Pelangai, di sini, hari ini.

Pada majlis itu turut dilaksanakan penyerahan zakat Agrobank kepada golongan asnaf yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman bernilai RM800 bagi setiap penerima.

Menurut Zahid, program itu bertujuan meningkatkan pendedahan penjaja di sekitar kawasan Pelangai terutamanya para penjaja bagi menggunakan dan menjalankan perniagaan transaksi sifar tunai dalam aktiviti jualan harian mereka dengan kaedah yang lebih mudah dan selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI