fbpx

Syasya Dolla ‘melenting’ dituduh mabuk di kelab malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota kumpulan Dolla, Syasya

SATU persatu dugaan dihadapi kumpulan Dolla. Selain Sabronzo yang selalu dikecam sebak seksi, sekarang Syasya pula dituduh minum arak. Betul ke?

Walaupun telah menafikan selain mengakui tidak pernah menyentuh minuman keras yang dijadikan hidangan tekak dalam majlis sebuah majlis dihadirinya, dia tetap dikecam hebat.

Dalam satu wawancara, cucu kepada pelakon senior Rozie Othman itu turut menegaskan video yang tular adalah rakaman lama.

Kasihan pula Mizz Lahar kepadanya. Selain isu minuman keras, difahamkan Syasya turut didakwa bersikap agak biadab apabila menunjukkan muka seolah-olah kurang selesa semasa mengulas isu berkenaan dalam satu temu bual.

Bertabahlah ye Syasya, nak jadi selebriti memang hati kena kental. Tak boleh cepat melatah atau kuat sentap.

Mizz Lahar: Seorang pemuzik wanita khabarnya dah songlap seorang individu duit berjumlah puluhan ribu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI