fbpx

Polis Johor campur tangan bantu KPDN tangani penyelewengan bekalan asas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMARUL ZAMAN menyematkan pingat kepada bekas anggota polis Awang Daud sempena Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Johor di IPK Johor, Johor Bahru, hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Polis Johor tidak berdiam diri sebaliknya akan campur tangan dalam memastikan tiada penyelewengan melibatkan bekalan asas seperti beras, minyak, telur dan gula berlaku di negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, tindakan proaktif itu diambil pihaknya ekoran masalah bekalan itu telah menyebabkan berlakunya keresahan dalam masyarakat.

Sehubungan itu, beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung sebarang aktiviti penyelewengan bekalan asas turut membuat aduan kepada pihaknya.

“Langkah ini dibuat dengan kerjasama KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup). Polis bantu tangkap manakala siasatan dijalankan mereka. Kita bantu kerana mungkin KPDN ada kekangan dan sebagainya,” katanya selepas menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Tambah Kamarul Zaman, setakat ini pihaknya telah menahan seorang lelaki warganegara asing yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyelewengan minyak masak peket di sebuah premis perniagaan di Pandan, Isnin lalu.

“Dalam operasi itu, seorang lelaki warganegara asing berusia 35 tahun ditahan bersama lima kotak minyak masak peket dengan anggaran rampasan sebanyak RM8,212.50.

“Itu baharu tindakan pertama, kita akan teruskan lagi pemantauan dan tindakan berhubung perkara ini,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI