fbpx

Kadar bayaran fidyah di Kedah kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yahaya (tengah) menyampaikan sumbangan Fidyah Baitulmal kepada seorang penerima yang mewakili seluruh masjid di Kedah pada Majlis Hi-Tea Baitulmal bersama rakan strategik dan media di Alor Setar, semalam. Foto SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Kadar bayaran fidyah (denda meninggalkan puasa) di negeri ini kekal, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), Datuk Syeikh Yahaya Jusoh.

Bagaimanapun katanya, sebarang perubahan tertakluk kepada kadar zakat fitrah dan pengisytiharan mengenai kadar baharu sekiranya ada akan dilakukan Lembaga Zakat Negeri Kedah berdasarkan situasi harga beras terkini.

“Kalau ikutkan sekarang harga masih kekal belum lagi isytihar harga baharu. Kadar fidyah bergantung kepada zakat fitrah dengan kaedah perkiraan, satu perempat iaitu nilai zakat fitrah dibahagi empat itulah nilai fidyah iaitu denda meninggalkan puasa ini.

“Setakat ini tiada kadar baharu zakat fitrah,” katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Minum Petang Baitulmal, di sini semalam.

Menurut beliau, Baitulmal mencatatkan kutipan Skim Tabung Amanah untuk Fidyah hampir RM3 juta sehingga 15 September tahun ini sementara RM3.4 juta pada 2021 dan RM3.5 juta (2022).

“Sementara kutipan bagi kategori Wang Tak Patuh Syariah juga meningkat iaitu RM399,098 setakat 15 September ini berbanding RM287,455 pada tahun lepas. Kutipan bagi Luqatah pula sebanyak RM53,368 pada tahun ini dan RM36,757 bagi tahun lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI