fbpx

Bangunkan bandar lama untuk golongan belia huni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (dua kiri) dan Steven (dua kanan) ketika program Jelajah Belanjawan 2024 Selangor, hari ini. Foto SADDAM YUOFF

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor memohon dana daripada Kementerian Kewangan (MOF) bagi membangunkan semula beberapa bandar lama agar menepati citarasa golongan muda tinggal di lokaliti tersebut.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bandar lama seperti Petaling Jaya, Pandan dan Cheras dilihat tidak mampu lagi menjadi daya penarik bagi golongan belia untuk memiliki kediaman yang dikehendaki mereka.

“Macam di kawasan PJ Old Town, Jalan Othman, kita boleh lihat bahawa majoriti yang tinggal di kawasan ini adalah warga emas dan warga asing.

“Sedangkan kawasan ini pada tahun 1980an merupakan satu kawasan yang menjadi rebutan untuk orang tinggal di sana,” katanya ketika berucap pada program Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Selangor yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Amirudin menjelaskan, bandar baharu seperti Bandar Baru Klang, Bandar Baru Bangi dan Subang Jaya mempunyai infrastruktur yang lebih moden seterusnya menjadi salah satu faktor golongan muda berminat membeli kediaman di kawasan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI