fbpx

Ringgit cecah RM4.693 berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Ringgit mencecah nilai RM4.693/697 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat pukul 9.00 pagi tadi, berdasarkan kadar tukaran asing Bank Negara Malaysia.

Ketua Penganalisis Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, isu kejatuhan nilai ringgit sejak kebelakangan ini banyak dipengaruhi keputusan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS yang bakal diumumkan pada Rabu.

“Kenaikan harga minyak mentah baru-baru ini melebihi AS$90 (RM422.50) setong telah menyebabkan kebimbangan kenaikan inflasi pada masa akan datang.

“Justeru, perkara ini memungkinkan pihak Fed untuk menaikkan lagi kadar faedah bagi mengekang kenaikan inflasi, menyebabkan nilai dolar AS semakin meningkat,” katanya ketika dihubungi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI