fbpx

Pelajar universiti China ditawar wang tunai untuk derma sperma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar universiti yang menderma sperma mereka akan diberi wang. - SCMP

BEIJING – Sebuah bank sperma di China menawarkan ganjaran wang tunai kepada pelajar universiti yang menderma sperma mereka ketika negara itu bergelut dengan masalah penurunan kadar kelahiran, lapor portal berita South China Morning Post (SCMP) semalam. 

Bank Sperma Manusia Wilayah Henan itu malah menjemput pelajar di bandar Zhengzhou untuk mengambil bahagian dalam satu pertandingan. Ia bertujuan mencari lelaki dengan jumlah sperma tertinggi dan paling kuat.

Bank sperma itu adalah salah satu daripada 27 bank sperma di seluruh tanah besar China yang membantu pasangan gagal hamil atau terkena penyakit keturunan.

Seorang pegawai dari kemudahan itu berkata, pihaknya berharap lebih ramai pelajar universiti akan menderma kerana kualiti sperma mereka lebih baik daripada orang awam.

Inisiatif yang diumumkan pada 10 September lalu itu dilancarkan kerana kebimbangan mengenai kemerosotan kualiti sperma di seluruh negara, yang disebut sebagai antara punca penurunan kadar kelahiran di China.

Peserta pertandingan akan dibayar 200 yuan (RM128) setiap kali mereka menderma sperma.

Mereka diminta menderma antara lapan hingga 20 kali dalam tempoh dua bulan. Peserta yang mencapai 20 kali sumbangan akan menerima wang tambahan sebanyak 2,100 yuan (RM1,348). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI