fbpx

Pejalan kaki berang, rosakkan kereta halang laluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta Mazda hitam itu diletakkan di laluan pejalan kaki. - Sanook

TAIPEI – Seorang lelaki di Taiwan merosakkan sebuah kereta yang diparkir secara haram di laluan pejalan kaki sebelum membuat laporan polis terhadap pemiliknya.

Laman berita Thaiger melaporkan, kejadian itu mengakibatkan kedua-dua pihak bergaduh sebelum laporan polis dibuat. 

Zai Shiu, 26, dilaporkan meletakkan kereta Mazda hitam miliknya di kaki lima Jalan Yanji di daerah Ta’an, Taipei pada 13 September lalu.

Dia tidak mengendahkan papan tanda lalu lintas atau menghiraukan pejalan kaki yang terganggu akibat tindakannya.

Ketika kejadian, seorang pejalan kaki bernama Zai Ho, 35, kebetulan melalui kawasan itu. 

Ho berasa marah kerana kereta itu menghalang laluannya, lalu bersemuka dengan Shiu sebelum kedua-dua mereka bertengkar.

Disebabkan hilang sabar, Ho memijak bonet hadapan kereta Shiu, berjalan di atas bumbung dan turun melalui but.

Tindakan Ho mengakibat kerosakan pada cermin hadapan kereta Shiu. Lelaki itu kemudian membuat laporan polis. 

Sejurus polis tiba, Shiu didapati bersalah kerana meletak kenderaan di laluan pejalan kaki sementara menunggu teman wanitanya membeli makanan. 

Kedua-dua pihak bagaimanapun enggan mengalah dan memutuskan untuk menyaman satu sama lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI