fbpx

[VIDEO] Persis miss universe, peserta pertandingan fesyen sekolah curi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelajar perempuan SMK St. Teresa menjadi perhatian disebabkan bakat dan penampilan yang dimiliki.

PETALING JAYA – Pertandingan Peragaan Fesyen Pakaian Jalur Gemilang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Teresa, Sarawak, menjadi tular disebabkan bakat dan penampilan salah seorang pesertanya yang dikatakan persis miss universe.

Menerusi video di TikTok st3_teresiankch_official, pertandingan sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sekolah itu bertukar kecoh apabila tiba giliran pelajar perempuan tersebut muncul di khalayak.

Rata-rata memuji pelajar berkenaan yang kelihatan bersahaja dan berkeyakinan ketika melangkah bagaikan model berpengalaman.

“Aku pula yang rasa nak terjerit sekali bila tengok. Aura dia lain macam dengan manisnya senyuman dia tu. Cair,” komen Aien Aiesya.

“Budak yang tinggi sanggul tu boleh masuk Dewi Remaja dik,” ujar AtiqahMunirah.

“Yang akhir paling super model. Cantik dan tinggi mesti ada masuk mana-mana acara peragaan,” kata TwinsShekEika.

“Yang kumpulan pertama paling akhir tu dah macam miss universe,” tulis seorang lagi pengguna.

Menerusi ruangan komen, pelajar itu difahamkan berada di dalam tingkatan satu di sekolah berkenaan. – KOSMO! ONLINE

@teresiankch_official Peragaan Fesyen Pakaian Jalur Gemilang Sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sekolah SMK St. Teresa. Rabu, 13 September 2023 #smkstteresa #sarawak #2023 ♬ original sound – st3_teresiankch_official

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI