fbpx

[VIDEO] Sekolah beri penghargaan kepada tukang sapu raih pujian ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian tukang sapu yang diberi penghargaan oleh pihak sekolah.

PETALING JAYA – Usaha murni sebuah sekolah yang memberi penghargaan kepada seorang tukang sapu berjaya meraih pujian ramai di media sosial.

Dalam satu hantaran, lelaki tersebut yang telah lama berkhidmat di sebuah sekolah yang terletak di Shah Alam diberikan satu anugerah oleh pihak pengurusan bersempena penutupan bulan merdeka peringkat sekolah.

“Dia cukup ringan tulang kalau minta bantuan sebab itu dia disayangi di sini. Seronok dia dapat anugerah. Terima kasih sebab banyak membantu sekolah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian itu dihujani kata-kata positif yang memuji tindakan baik pihak pengurusan sekolah yang menghargai semua pekerja yang berkhidmat di situ tanpa mengira pangkat atau darjat.

“Satu contoh yang teladan yang baik untuk adik-adik kita. Semoga saling hormat menghormati tidak kira pangkat atau darjat mahupun bangsa. Tahniah,” utus Eda Adeq.

“Tahniah buat pengurusan sekolah ini kerana menghargai pekerja yang menyumbangkan tenaga tanpa mengira pangkat,” komen seorang pengguna.

Lebih menyentuh hati, sebelum mengambil hadiah di atas pentas, tukang sapu itu sempat mengutip sampah yang ada di tangga pentas.

“Terbaik sangat pak cik, nak naik pentas pun sempat kutip sampah masuk poket. Tahniah untuk pihak sekolah sebab menghargai,” kata Emy. – KOSMO! ONLINE

@brader_bear #penutupmerdeka2023 #merdeka66tahun ♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI