fbpx

Axiata Arena berdentum, mandi cahaya laser gara-gara Alan Walker

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJ popular global Alan Walker menutup siri jelajahnya, Walkerverse di Axiata Arena, Kuala Lumpur malam tadi - STAR PLANET.

KUALA LUMPUR – Axiata Arena bermandikan sinaran laser apabila produser muzik dan DJ popular dunia, Alan Walker melunaskan konsert jelajah Alan Walker Walkerverse di lokasi ikonik tersebut.

Merupakan persembahan terakhir, Kuala Lumpur menjadi bandaraya pilihan DJ kelahiran Norway itu menutup siri jelajah Walkerverse yang sebelum ini telah berkunjung ke negara-negara lain seperti Eropah, Amerika Utara dan beberapa bandar utama Asia lain termasuk Singapura dan Bali, Indonesia.

Anjuran Star Planet, Walkerverse berdurasi sekitar dua jam menyaksikan Alan atau nama sebenarnya, Alan Olav Walker membuatkan lebih 4,000 penonton melonjak-lonjak menikmati muzik DJ kegemaran mereka itu.

KONSERT Alan Walker Walkerverse membuatkan lebih 4,000 penonton yang membanjiri Axiata Arena terkesima dengan mainan muzik EDM serta sinaran cahaya laser memukau. – STAR PLANET

Tiket terhad untuk 4,000 audiens sahaja kerana tingkat 4 Axiata Arena memang sengaja dikosongkan kerana di bahagian situlah cahaya atau sinaran lampu laser dipanahkan.

Barbaju kasual dengan hoodie berona neon dipadankan bersama pelitup muka yang tidak tanggal daripada wajah, Alan mendendangngkan hampir ke semua lagu hitnya termasuklah Lily, The Spectre, Sorry, Darkside dan semestinya Faded.

Selain banyak lagu berentak electronic dance music (EDM) di bawah katalognya dimainkan, Alan juga memainkan karya popular penyanyi lain dengan magis meja mixing miliknya seperti Please Don’t Don’t The Music (Rihanna) dan Hymn for the Weekend (Coldplay).

Ketika mengadakan persembahan malam tadi, Alan melahirkan apresiasi buat peminat di Kuala Lumpur dengan mengucapkan terima kasih kerana sudi membanjiri Axiata Arena yang merupakan lokasi persinggahan terakhirnya buat jelajah Walkerverse.

“Terima kasih kerana datang ke persembahan malam ini. Kalian memang menyeronokkan.

“Saya tidak sabar untuk kembali lagi pada masa hadapan ke negara ini. Terima kasih,” ungkapnya.

Alan merupakan YouTuber kelahiran Norway yang memiliki jumlah pengikut paling ramai di negara tersebut iaitu 44 juta pengikut dengan jumlah views atau tontonan tertinggi iaitu sekitar 12.9 bilion.

Pemuzik berusia 26 tahun itu pernah berkolaborasi dengan ramai artis ternama antarabangsa seperti Noah Cyrus, Sabrina Carpenter, Farruko dan Ava Max. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI