fbpx

Tabika, taska, Kemas baharu penuhi permintaan tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anisah (kanan) meninjau salah satu reruai kanak-kanak tabika pada Hari Potensi Kemas peringkat Terengganu di Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) telah menubuhkan jawatankuasa untuk lebih banyak taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska) di seluruh negara.

Pengarah Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kemas, Anisah Saidin berkata, setiap tahun, pihaknya mendapat permintaan tinggi daripada, ibubapa untuk menempatkan anak mereka di tabika dan taska kendalian agensi itu.

Begitupun, beliau memberitahu, setakat ini, Kemas hanya mampu menampung 227,000 kanak-kanak menerusi lebih 10,000 tabika dan 560 taska di seluruh negara.

“Kita tidak mampu memenuhi permintaan tinggi ibubapa berkenaan kerana setiap kelas tabika dan taska Kemas lazimnya hanya boleh menerima 20 hingga 25 kanak-kanak.

“Itu memang dasar bagi melancarkan proses pembelajaran dan penjagaan kanak-kanak terlibat,” katanya pada program Hari Potensi Kemas peringkat Terengganu di sini hari ini.

Anisah berkata, pemintaan terhadap tabika dan taska Kemas baharu tersebut melibatkan hampir semua negeri.

Beliau berkata, jawatankuasa itu sekarang dalam proses pengumpulan data sebelum dibentang dalam mesyuarat yang dipengerusi sendiri Ketua Pengarah Kemas. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI