fbpx

Pelajar tingkatan satu dakwa dipukul senior hingga pengsan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Klip video seorang pelajar tingkatan satu yang mendakwa dipukul sekumpulan pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah di Kuala Nerus pada kelmarin.

KUALA NERUS – Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian seorang pelajar dipukul melibatkan sebuah sekolah menengah di daerah ini pada kelmarin.

Pengarah JPNT, Abdul Muie Ngah berkata, insiden yang berlaku tidak lama selepas waktu persekolahan berakhir itu dipercayai membabitkan pelajar tingkatan satu dan dua.

“Guru sekolah berkenaan telah mengambil langkah segera sebaik mengetahui kejadian itu serta membawa pelajar terlibat ke sebuah klinik bagi menerima rawatan.

“Pengetua sekolah tersebut juga telah berjumpa dengan keluarga pelajar berkenaan untuk mencari jalan penyelesaian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan seorang pelajar tingkatan satu didakwa menjadi mangsa buli dan dipukul tiga pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di daerah ini.

Video sama turut mendakwa mangsa telah ditumbuk sehingga sesak nafas dan dipijak sehingga pengsan tanpa dibantu pelajar lain yang berada di situ.

“JPNT akan memberi kerjasama penuh sekiranya keluarga pelajar terlibat mahu membuat laporan polis,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI