fbpx

Nombor plat 888.88 berharga lebih RM6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Plat pendaftaran 51K-888.88 dilelong pada harga RM6.23 juta menerusi internet di Vietnam semalam. - Foto VNEXPRESS

HANOI, Vietnam – Nombor pendaftaran plat kereta 51K-888.88 dijual pada harga 32.34 bilion dong (RM6.24 juta) dalam lelongan secara online semalam, lapor portal berita VNEXPRESS.

Vietnam menganjurkan lelongan itu buat kali pertama sekali gus membenarkan orang ramai membida untuk nombor plat kereta.

Pada dua sesi pertama, dua nombor plat iaitu 19A-555.55 dijual pada harga tinggi iaitu 2.69 bilion dong (RM519,265) dan 30K-555.55 pula berharga 14.12 bilion dong (RM2.72 juta).

Pada penghujung sesi petang pula, nombor plat 51K-888.888 telah dijual pada harga 32.34 bilion dong.

Pembida perlu membayar 100,000 dong (RM19.30) untuk mendaftar dan membuat bayaran muka sebanyak 40 juta dong (RM7,721) untuk menyertai lelongan dan apabila lelongan selesai, wang muka itu dikembalikan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI