fbpx

Hasil pengeluaran padi terburuk di Selangor tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izham melawat pameran pada Hari Inovasi Pertanian Selangor 2023 dan Selangor Agrogreen Daerah Kuala Selangor di Kompleks Pejabat Pertanian Daerah Kuala Selangor.-Foto Saddam Yusoff

KUALA SELANGOR – Tanaman padi di Selangor tahun ini merekodkan hasil pengeluaran paling buruk iaitu hanya tiga hingga empat tan metrik sehektar.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Pertanian negeri, Izham Hashim berkata, data itu diperoleh menerusi pengeluaran musim terbaharu padi sebelum ini.

Jelas beliau, faktor penyusutan itu antaranya berpunca perubahan iklim dan cuaca selain serangan penyakit.

“Setakat ini, hanya hasil padi di Sekinchan mencatatkan purata pengeluaran melebihi empat tan metrik semusim.

“Pengeluaran rendah tanaman itu bukan saja berlaku di Selangor malah di seluruh negara dan dunia,” katanya ketika ditemui pada Hari Inovasi Pertanian Selangor 2023 di Kompleks Pejabat Pertanian Kuala Selangor di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Izham berkata, kerajaan negeri perlu meneliti pelaksanaan penanaman padi lima kali dalam dua tahun bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI