fbpx

Pemuda maut motosikal rempuh jentera menuai padi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan dengan jentera menuai padi di Jalan Selengkoh, Yan hari ini.

YAN – Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditunggang merempuh hadapan sebuah jentera menuai padi di Jalan Selengkoh, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.55 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Fahmi Ramli, 26, maut di lokasi kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, kemalangan berlaku ketika jentera menuai padi itu dipandu seorang penduduk dari simpang rumahnya menghala ke Sungai Limau Luar.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS-X 150 dari arah Sungai Limau Dalam melanggar bahagian hadapan jentera itu. Akibat perlanggaran itu, mangsa meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semakan mendapati mangsa yang berasal dari Kampung Sungai Air Hitam, Sungai Limau Dalam tidak mempunyai lesen memandu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Yan untuk dibedah siasat. Saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI