GAMBAR HIASAN

Hujan lebat, ribut petir di Pantai Timur mulai minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Negeri-negeri di kawasan Pantai Timur, utara dan sebahagian besar Sabah dan Sarawak dijangka mene­rima taburan hujan tinggi menjelang dua minggu terakhir bulan ini.

Penyelidik Meteorologi Fakulti Sains dan Sekitaran Sains, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Chung Jing Xiang berkata, perubahan cuaca tersebut adalah normal berikutan peralihan monsun Barat Daya ke Timur Laut.

“Sewaktu musim peralihan monsun, taburan hujan biasanya akan lebih tinggi terutama pada sebelah petang. Hujan lebat biasanya turun bersama ribut petir,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Data ramalan taburan hujan melanda negara sehingga bulan Disember tahun ini.

Jing Xiang memberitahu, impak peralihan monsun tersebut akan lebih dirasai pada bulan hadapan dengan hampir keseluruhan Semenanjung Malaysia diramal bakal dilanda hujan lebat.

Tambah beliau, monsun Ti­mur Laut pula dijangka tiba pada November dengan negeri-negeri Pantai Timur khususnya Terengganu dan Kelantan akan me­nerima amaran hujan peringkat merah.

Chung Jing Xiang

“Negeri-negeri lain di Semenanjung dan Sarawak diramal mendapat taburan hujan peringkat jingga, manakala Sabah pe­ringkat kuning.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya peka de­ngan perubahan cuaca dan merujuk ramalan kaji cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN