fbpx

Tolak tawaran gangster, Shah Rukh Khan dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH RUKH KHAN

KERAP melakonkan watak hero, hakikatnya Shah Rukh Khan (SRK) dalam kehidupan sebenar juga juga terpaksa menggalas tanggungjawab sama.

Perkara tersebut didedahkan pembikin filem Sanjay Gupta yang terkenang peristiwa berlaku kepada Raja Bollywood itu ketika menonton Jawan iaitu karya terbaharu aktor terbabit.

Katanya, sekitar 1990-an industri filem Bollywood dihimpit pembabitan gangster yang cuba menawarkan imbuhan besar kepada ramai bintang popular untuk tujuan tertentu termasuk pengaruh.

Namun SRK yang ketika itu sudah dikenali dunia enggan mengikut telunjuk kumpulan gerakan bawah tanah paling berkuasa di Mumbai.

“SRK menjadi satu-satunya bintang yang tidak pernah menyerah kepada gangster,” jelas Sanjay menerusi aplikasi X.

SRK sebelum ini mendedahkan pernah diugut sekumpulan gengster yang sangat digeruni di India.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI