fbpx

Polis kesan warga emas hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibrahim

JEMPOL- Polis sedang mengesan seorang lelaki warga emas yang dipercayai hilang sejak empat hari lalu di Kampung Serting Ilir, di sini.

Lelaki berkenaan, Ibrahim Mohammad,60, kali terakhir dilihat oleh keluarganya pada Jumaat lalu memakai baju T berwarna hitam dan seluar trek warna kelabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, warga emas yang hilang itu merupakan anak keempat daripada enam beradik dan tinggal bersebelahan rumah kakaknya.

“Kakaknya itu akan menghantar makanan kepada adiknya sebanyak tiga kali sehari, tetapi pada Sabtu lepas kira-kira pukul 8 pagi semasa dia memberikan sarapan pagi mendapati adik tiada di rumah.

“Adiknya itu sebelum ini selalu keluar berjalan ke kawasan berdekatan dan akan pulang semula ke rumah, namun kali ini berbeza,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Jelas Chang Hook, mangsa berbadan kurus, kulit hitam, ketinggian lebih kurang 157 sentimeter, berat badan 60 kilogram dan berkepala botak.

“Berdasarkan maklumat juga, dia pandai menaiki bas sendiri dan akan ke rumah kakak dan adiknya di Port Dickson. Kali terakhir dia ke Port Dickson naik bas pada Rabu lalu dan kakak pengadu akan hantar semula dia balik ke Kampung Serting Ilir,” katanya.

Orng ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh menghubungi pengawai penyiasat, SM Abdul Karim di talian 013-9227680 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di talian 06-4583449, Balai Polis Batu Kikir 06-4981222 atau mana-mana balai polis berhampiran.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI