fbpx

Dewan Rakyat: Hari pertama jadi pembangkang, Syed Saddiq hentam kerajaan hipokrit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq ketika bercakap di Dewan Rakyat, hari ini.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memulakan hari pertama sebagai pembangkang dengan mengkritik kerajaan berhubung keputusan Peguam Negara melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu membangkitkan perkara tersebut selepas usul yang dibuat Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal untuk mendapatkan penjelasan Peguam Negara ditolak Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, semalam.

Syed Saddiq berkata, kritikan itu ditujukan ke atas kerajaan secara keseluruhan kerana tindakan berkenaan merupakan pembohongan terbesar peringkat nasional.

“Sebelum ini kata nak lawan rasuah, tidak akan gugurkan kes dan akan penjarakan kleptokrat. Hari ini, (kerajaan) membebaskan mereka.

“Kalau kita (Ahli Parlimen) dibisukan mulut tidak boleh mengkritik kerajaan tanpa sangka jahat, bagaimana kita ingin bicarakan soal rakyat,” katanya di Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut mendakwa kerajaan hari ini yang dianggotai Pakatan Harapan (PH) sebagai hipokrit apabila tidak membenarkan pembangkang menyuarakan isu terbabit.

“Pada 2015, seramai 70 Ahli Parlimen (PH) di blok pembangkang bicara soal keputusan hakim di mahkamah.

“Sebelum itu, keputusan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan serangan ke atas Peguam Negara. Semua boleh mereka bangkitkan. Kini, bila berada di kedudukan kerajaan, hipokrit,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI