fbpx

Dewan Rakyat: Kerajaan batal projek yang lama lulus namun belum mula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan membatalkan projek-projek yang telah lama diluluskan termasuk projek dalam Rancangan Malaysia terdahulu tetapi belum dapat dimulakan dalam tempoh masa yang munasabah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembatalan tersebut bertujuan bagi memberikan laluan kepada projek-projek rakyat yang lebih mendesak.

Menteri Kewangan itu turut memaklumkan, satu Jawatankuasa Khas Pemantauan KSP RMK12 akan ditubuhkan dalam memastikan setiap anggota Kabinet memantau pelaksanaan projek RMK12 agar rakyat mampu mengecapi nikmatnya tanpa berlengah.

“Pelan bagi pemantauan pelaksanaan kebijakan KSP RMK12 disediakan sebagai panduan bagi setiap kementerian dan agensi untuk melaksanakan semua kebijakan ini. Sebahagian daripada sasaran KSP RMK12 juga akan dijadikan KPI kementerian,” katanya ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut mengajak semua anggota dalam kerajaan, termasuk anggota pentadbiran dan ketua jabatan agar sama-sama melaksanakan tanggungjawab dengan jujur serta amanah bagi memastikan peristiwa salah laku dan teguran audit yang telah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara tidak berulang.

“Kerajaan Perpaduan akan melaksanakan semua strategi dan inisiatif yang direncanakan dalam KSP RMK12 secara teratur, bersistematik dan bertanggungjawab,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI