fbpx

Mayat lelaki terbakar ditemui dalam kebun pisang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

LENGGONG – Seorang lelaki warga asing ditemui mati dalam keadaan terbakar di dalam kebun pisang, di Kampung Pengkalan Ikan, Kuak, di sini kelmarin.

Mayat lelaki dipercayai warga Bangladesh itu ditemukan orang awam rentung terbakar, sebelum memaklumkan kepada polis pada pukul 11.35 malam.

Difahamkan, mayat mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring kira-kira 10 meter dari rumah pekerja.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, mayat berkenaan kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk proses bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan di kepala akibat trauma tumpul dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI