fbpx

Lelaki dicekup bawa 36,000 biji pil kuda ketika tunggang motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rampasan pil kuda selepas polis menahan seorang lelaki yang menunggang motosikal di Kampung Batu 11, Tanah Merah, semalam. Foto IHSAN POLIS

TANAH MERAH – Seorang pengedar dadah tidak sempat menjual sebanyak 36,000 biji pil kuda bernilai RM360,000 selepas dicekup polis semasa menunggang motosikal di Kampung Batu 11 di sini, semalam.

Suspek yang berusia 29 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanah Merah, semasa menjalankan Op Tapis di kampung tersebut kira-kira pukul 6.45 petang.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, polis menahan motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggang suspek sebelum menjumpai enam bungkusan berwarna kuning mengandungi pil kuda bersamanya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas bungkusan itu kemudiannya menemui sebanyak 36,000 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM360,000.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine. Lelaki itu juga mempunyai empat rekod jenayah lampau melibatkan kes narkotik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI