fbpx

YGMB sasar 10,000 guru jadi ahli setiap tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Para penerima bergambar bersama Wan Munadi dan Aminuddin di Port Dickson hari ini.

PORT DICKSON – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menyasarkan seramai 10,000 orang guru menjadi ahlinya dalam setahun sebagai usaha memperkasa kebajikan dan perlindungan golongan pendidik itu di seluruh negara menerusi pelbagai kategori manfaat skim keahlian.

Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, ketika ini hanya seramai 5,000 hingga 6,000 guru menjadi ahli yayasan tersebut setiap tahun.

“Kami menyasarkan untuk meningkatkan jumlah itu kepada seramai 10,000 orang guru setahun. Oleh itu, kami akan melaksanakan pelbagai program kerjasama strategik bagi meningkatkan profesionalisme dan kesedaran guru-guru tentang manfaat menyertai YGMB,” katanya pada Majlis Penyampaian Manfaat Keahlian YGMB di sini hari ini.

Sehingga hari ini jelasnya, terdapat 100,000 keahlian guru yang menyertai YGMB di seluruh negara.

Sementara itu, Wan Munadi berkata, manfaat yang diterima ahli YGMB melibatkan lebih daripada 25 kategori termasuk khairat kematian, bencana, elaun hospital, hadiah kelahiran anak dan hadiah persaraan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI