fbpx

Tiada rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Maghribi – KLN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Runtuhan di Marrakesh, Maghribi kini telah meningkat sekurang-kurangnya seramai 1,000 orang. Foto oleh AFP

PUTRAJAYA – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dengan bencana gempa bumi yang melanda Marrakesh, Maghribi setakat hari ini.

Kementerian Luar Negeri (KLN) dalam kenyataan berkata, rakyat Malaysia yang berada di Maghribi dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada serta mengikuti prosedur dan garis panduan keselamatan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa Maghribi.

Katanya, KLN melalui Kedutaan Besar Malaysia di Rabat, Maghribi sedang memantau perkembangan pasca gempa bumi berkekuatan 6.8 magnitud melanda negara itu.

“Sehingga kini, angka kematian gempa bumi itu telah mengorbankan lebih dari 1,000 orang dan lebih 1,000 orang turut cedera.

“Angka kematian dijangka akan meningkat, susulan masih adanya mangsa-mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan,” kata kenyataan itu, malam ini.

Tambahnya, rakyat Malaysia yang berada di Maghribi turut dinasihatkan untuk berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Rabat beralamat di 307, Rue Bani Yidder Souissi 10000, Rabat Kingdom of Morocco.

“Orang ramai juga boleh menghubungi di talian (+212) 5 37 65 83 24 atau (+212) 6 73 29 14 24 serta email ke [email protected],” ujarnya.

Dalam pada itu, Malaysia menzahirkan rasa simpati yang mendalam dan ucapan takziah kepada kerajaan serta rakyat Maghribi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI