fbpx

Tak adil dengar sebelah pihak sahaja – Marissa Dania

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARISSA DANIA

PETALING JAYA – Berat namun itulah hakikatnya. Selepas dikecam hebat seMalaysia, anak pelakon popular, Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa akhirnya membuka mulut mengaku menjadi orang ketiga dalam krisis rumah tangga seorang wanita dikenali sebagai Umisya Mazlan.

Mengakui kesilapan dan mencalarkan maruah diri serta keluarga, pucuk muda bernama Marissa Dania Hakim, 18, itu bagaimanapun tidak berasakan satu keperluan membuat pembelaan mempertahankan perbuatannya menjalin hubungan dengan suami orang seperti tular dalam media sosial sejak semalam.

“Saya mengaku salah. Penjelasan ini juga hanya untuk dalam kalangan individu yang terlibat termasuk keluarga saya.

“Saya tak perlu membuat penjelasan atau kebenaran daripada netizen kerana mereka hanya membuatkan situasi bertambah buruk.

“Ada yang benar dalam semua yang viral dan ada juga yang tidak benar. Saya tidak akan mempertahankan diri untuk menunjukkan saya tidak bersalah dalam beberapa hal,” katanya dalam Instagram hari ini.

Tambah Marissa, mendengar mengenai dakwaan tersebut daripada sebelah pihak juga dianggap tidak adil buat dirinya kerana bukan semua yang diceritakan adalah tepat.

“Sangat tidak adil untuk dengar daripada satu pihak sahaja sebab cerita yang dikongsi bukannya 100 peratus tepat.

“Saya tidak mampu untuk menutup mulut orang, jadi jagalah mulut apabila berkata-kata dan jangan sampai jatuh fitnah atau menghina orang lain,” tegasnya.

Menerusi perkongsian sama, dia juga menegaskan tidak lagi mempunyai kaitan dengan pihak yang mendedahkan isu tersebut iaitu kepada umum semalam.

“Cukuplah semua kenyataan yang dikeluarkan untuk memberitahu satu dunia bahawa saya bersalah, punca dia melanggar taklik dan perceraian berlaku.

“Manakala, mungkin banyak andaian mengenai saya dan Aslam, tetapi cukuplah kami sahaja yang tahu hal sebenar iaitu sejak bermulanya semua ini sehingga semuanya berakhir.

“Tujuan perkongsian ini dimuat naik ialah untuk memberitahu semua bahawa saya tidak akan membuat sebarang kenyataan ramsi untuk mempertahan atau memuaskan hati mana-mana pihak,” jelasnya.

Meskipun tidak meluahkan kekesalan terhadap cemuhan ramai, Marissa berpendapat dia juga ada hak bersuara seperti orang lain.

“Semua orang mempunyai pandangan berbeza mengenai setiap perkara tetapi jangan lupa bahawa setiap individu juga ada hak untuk bersuara.

“Begitu juga dengan saya yang bersuara bagi pihak diri sendiri,” katanya lagi.

Semalam, nama Marissa menjadi sebutan rama selepas didedahkan sebagai punca keruntuhan rumah tangga sepasang suami isteri muda, Aslam dan Umisya.

Difahamkan, pendedahan yang dilakukan wanita bernama Umisha itu juga telah mendapat keizinan daripada ibu bapa Marissa, Norman Hakim dan Abby Abadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI