fbpx

DUN Simpang Jeram kekal milik PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerusi DUN Simpang Jeram kekal milik PH

MUAR – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram kekal milik Pakatan Harapan (PH) apabila berjaya menjarakkan kedudukan dengan majoriti 3,389 menewaskan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini.

Menerusi keputusan tidak rasmi, calon PH, Ir. Nazri Abdul Rahman memperoleh undian sebanyak 13,175 meninggalkan calon PN, Dr. Mazri Yahya dengan jumlah undian 9,786, manakala calon bebas S. Jeganathan hilang deposit apabila hanya meraih 275 undi.

Keputusan itu setakat pukul 8.51 malam tadi melibatkan 66 daripada 69 peti undi yang diterima di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Muar.

PN hanya menunjukkan saingan sengit pada peringkat awal setakat pukul 7.30 malam dengan majoriti 11 undi melalui undi pos. Pada pukul 8 malam, PH mula mendahului dengan majoriti empat undian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI